Pickles Auctions. Online Auctions. Buy and Sell Used Cars, Bikes, Repo Cars. Pickles MY
logo
Profile Image
Connect account
Find Deals. Make Money.
Arrow icon

Navigation

Buy
Sell
Services
About us
More
Login/Register
home
Proclamation Of Sale - Ipoh

PERISYTIHARAN JUALAN

No Kebankrapan: 29NCC-4005-08/2015
Nama Bankrap: CHEAH KIM FOONG
Tarikh Perintah Kebankrapan: 18hb Februari 2016
Dalam menjalankan kuasa dan hak yang telah diberikan kepada Ketua Pengarah Insolvensi/Pegawai Penerima dan Penyelesai (“selepas ini dirujuk sebagai KPI dan/atau PPP”) berdasarkan perintah Mahkamah bertarikh 04.03.2010 dan selaras dengan peruntukan undang-undang menurut Akta Insolvensi 1967 (Akta 360), Akta Syarikat 2016 (Akta 777), Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959 adalah dengan ini diisytiharkan bahawa KPI dan/atau PPP dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah:

AKAN MENJUAL HARTANAH YANG DIHURAIKAN DI BAWAH SECARA LELONGAN AWAM PADA HARI RABU, 8 JANUARI 2025 PADA JAM 3.00 PETANG LELONGAN SECARA ATAS TALIAN DI LAMAN SESAWANG WWW.PICKLES.MY

(Pendaftaran pembida dan pembayaran deposit hendaklah dibuat sekurang-kurangnya satu (1) hari bekerja sebelum tarikh lelongan, selewat-lewatnya pada pukul 5.00 petang; jika tidak, Pelelong mempunyai hak untuk menolak pendaftaran. Pembida dikehendaki untuk log masuk pautan yang diberikan dan diminta bersedia sebelum masa lelongan). Bakal pembeli adalah selanjutnya tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di laman sesawang www.pickles.my
NOTA:
(1) Sebelum lelong awam dijalankan, bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar:- (a) memeriksa hartanah tersebut; (b) mendapatkan pengesahan daripada pihak pemaju/tuantanah dan/atau pihak berkuasa berkenaan sama ada ketetapan butir-butir hartanah tersebut adalah tepat; (c) membuat carian hakmilik secara rasmi; (d) mendapatkan salinan syarat-syarat jualan daripada pihak pelelong dan meminta nasihat daripada pihak guaman dalam semua perkara berkenaan dengan lelongan awam, termasuk syarat-syarat jualan.
(2) Setakat tarikh lelong, kebenaran (jika bersesuaian) daripada pihak pemaju/tuanpunya dan/atau pihak berkuasa berkenaan masih belum diperolehi, walaubagaimanapun adalah menjadi tanggungjawab dan liabiliti pembeli yang berjaya untuk mendapatkan kebenaran/pindahmilik (jika bersesuaian) berkenaan dengan lelongan daripada pihak pemaju/tuanpunya dan/atau pihak berkuasa berkenaan. Bakal pembeli adalah dinasihatkan untuk membuat pertanyaan daripada pihak pemaju dan/atau pihak berkuasa berkenaan, sama ada hakmillk strata/individu hartanah tersebut telah dikeluarkan dan/atau samada pihak pemaju bersetuju untuk memberi pindah milik terus atau sebaliknya, sama ada atau tidak hartanah tersebut dikhaskan untuk kaum bumiputera sahaja dan/atau hartanah kos rendah/sederhana dan sama ada atau tidak pembida mampu dan layak untuk membeli hartanah tersebut, sebelum membuat tawaran. Hartanah yang mana dikhaskan kepada bumiputera sahaja, hanya bumiputera atau kepunyaan firma atau korporat bumiputera sahaja akan dibenarkan untuk membuat tawaran dilelongan tersebut.
(3) Bagi bukan warganegara Malaysia/syarikat asing/penduduk tetap, bakal pembeli hendaklah mendapatkan kebenaran untuk membeli daripada pihak berkuasa terlibat sebelum lelongan awam.
(4) Pihak pembeli adalah bertanggungjawab memohon kebenaran untuk pindahmilik daripada pihak pemaju/tuantanah atau pihak berkuasa berkenaan, jika bersesuaian.

BUTIRAN HAK MILIK
Hakmilik: Hakmilik individu telah dikeluarkan oleh pihak berkenaan.
No Hakmilik & No Lot: PN 290346, Lot 106936, Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta, Negeri Perak
Keluasan Tanah: 78.00 meter persegi
Pegangan: Pajakan Negeri 99 tahun berakhir pada 08 Mac 2081
Kategori Kegunaan Tanah: Bangunan
Syarat Nyata: Kediaman – Sebuah Rumah Kediaman
Sekatan Kepentingan: Tanah ini tidak boleh dipindah milik dengan apa acara juapun melainkan kepada orang yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri Besar, Perak
Pemilik Berdaftar: Cheah Kim Foong (1/2-Bahagian) Choo Yow Seong (1/2-Bahagian).

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH
Harta tanah tersebut adalah sebuah rumah teres 2.5 tingkat - tengah yang beralamat pos di 52, Hala Falim 9, Taman Mas Jaya, 30200 Ipoh, Perak.

HARGA RIZAB
Harta tanah tersebut akan dijual dalam “keadaan sepertimana” sedia ada, tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM 190,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sembilan Puluh Ribu) sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat jualan dan tertakluk kepada penawar yang berjaya memperolehi kelulusan untuk pindahmilik daripada pihak berkuasa yang berkenaan, sekiranya ada termasuk semua terma, syarat-syarat, stipulasi, waad di mana mungkin yang akan dikenakan oleh pihak berkuasa. Tertakluk kepada syarat-syarat jualan, segala tunggakan cukai tanah, cukai taksiran dan caj perkhidmatan/penyenggaraan sahaja yang mungkin dikenakan oleh pemaju atau pihak berkuasa yang berkenaan setakat tarikh lelong/jualan akan dibayar daripada harga belian. Segala bayaran lain berhubung dengan pindahmilik hendaklah ditanggung oleh penawar yang berjaya. Penawar-penawar yang berminat hendaklah mendepositkan kepada pelelong jumlah yang bersamaan dengan 10%(deposit) daripada harga rizab dan 5%(yuran penawar) daripada harga rizab melalui pemindahan perbankan atas talian sekurang-kurangnya satu (1) hari bekerja sebelum tarikh lelongan selewat-lewatnya pada pukul 5.00 petang. Semua penawar adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat atas talian di laman sesawang www.pickles.my berkenaan cara-cara pembayaran deposit dan yuran penawar. Untuk butiran lanjut sila berhubung dengan Pelelong yang tersebut di bawah:

Pickles Asia Sdn Bhd (Company No. 1231292-D)
Lot 19391, Jalan Klang Lama, Taman Desaria, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Website: www.pickles.my | Call: 016-6999170 | WhatsApp: 012-5553727

Ms. Jessica See Geok Bee
Pelelong Berlesen

Muat turun Lampiran 3-6 Dokumen Lelong untuk CHEAH KIM FOONG DISINI

FAQ Jualan Hartanah Secara Lelong

Muat Turun Lampiran 3-6 Dokumen Lelong

Taman Mas Jaya, 30200 Ipoh, Perak | Harga Rizab RM190,000

Taman Mas Jaya, 30200 Ipoh, Perak | Harga Rizab RM190,000

Taman Mas Jaya, 30200 Ipoh, Perak | Harga Rizab RM190,000

Taman Mas Jaya, 30200 Ipoh, Perak | Harga Rizab RM190,000

Taman Mas Jaya, 30200 Ipoh, Perak | Harga Rizab RM190,000

Taman Mas Jaya, 30200 Ipoh, Perak | Harga Rizab RM190,000

Copyright 2025 PICKLES ASIA SDN. BHD.
Powered by Pickles. All rights reserved.
Company Information
Sell with Pickles
About Us
Contact Us
News
Careers
Support
Terms and Conditions
Privacy Policy
Covid-19 Auction FAQ
FAQ
Download our App
Stay up to date
By subscribing to our company newsletter you will always be up-to-date on our latest promotions, deals and vehicle inventory!